Welcome to Komikajif

Komik Jiwa Pedang kembali

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman di luar sana. Di sini sukacita dimaklumkan bahawa komik Jiwa Pedang kembali aktif untuk anda baca secara online dan PERCUMA! Dan selepas ini anda semua boleh mengikuti perkembangan komik ini setiap minggu dengan 1 mukasurat yang baru.

Kini kerja-kerja menaiktaraf webkomik ini sedang giat dilaksanakan.

Terima kasih.

 

 

 

MF Ajif Mengorak Langkah ke Komik ONLINE!

 

Tahun 2009 merupakan tahun paling yang ditunggu-tunggu untuk melihat suburnya komik di Malaysia dengan wujudnya Persatuan Penggiat Komik Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEKOMIK aktif dalam usaha memartabatkan komik tempatan ke tahap yang sewajarnya. Dengan itu salah seorang ahlinya dan juga merupakan salah seorang Ahli Penaja persatuan ini, MF Ajif bergiat aktif dalam menghasilkan karya-karya komiknya.

Tidak berhenti menghasilkan karya di dada-dada akhbar ( Utusan Malaysia dan Kosmo! ) kini beliau mengorak langkah setapak ke hadapan lagi menghasilkan komik secara online di alam cyber. Dengan ini, secara rasminya www.komikajif.com dilancarkan.

 

Sunggala

Coming soon!

Sunggala merupakan antara watak penting di sebalik kejayaan Arisfh Adura (Alyridura). Sejauhmana kehebatannya? Sama-sama kita nantikan kemunculannya...

 

Jiwa Pedang

Sinopsis

Dunia Pedang bergolak lagi. Para Wali Pedang mengalami mimpi ngeri dan meramalkan kemusnahan yang lalu akan berulang kembali, di mana ratusan Pejuang Pedang menjadi korban dan ribuan nyawa insan tidak berdosa melayang begitu saja akibat amukan Sang Amarah Pedang hasil ciptaan magis dan ilmu hitam oleh Wali Pedang yang sesat.

Kehadiran Pemusnah Pedang sebelum itu menggawatkan lagi keadaan dimana dia bertindak membunuh hampir kesemua waris muda Wali Pedang. Hazar bangkit sebagai wira telah menyelamatkan keadaan. Kini, sekali lagi dia berdiri mempertahankan Dunia.

Pedang walaupun dirinya sedang dibelenggu konflik dan konspirasi yang dimainkan oleh Dewan Pedang. Manakala, Pemusnah Pedang muncul kembali dengan membawa seribu satu persoalan membuatkan Hazar dan Wali Pedang gagal merungkai apa yang tersirat.

 
Who's Online
We have 3 guests online
Login Form
Advertisement
Banner